MERAIH KEBERKATAN DENGAN JALAN SOLAWAT

MERAIH KEBERKATAN DENGAN JALAN SOLAWAT

من أسباب قلة البركة في زماننا هذا إعراض الكثير منا عن كثرة الصلاة على النبي ﷺ،

Sebab-sebab sedikitnya barakah di zaman kita ini adalah enggannya sebahagian dari kita untuk memperbanyak solawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.

لقد كانت الصلاة على النبي ﷺ سببًا لكثير من البركات والخيرات،

Dan sungguh bersolawat kepada Nabi Muhammad Adalah sumber turunnya barakah dan kebaikan.

فورد أن قرية في بلاد المغرب أصابها القحط والجفاف،

Dikisahkan ada sebuah desa di negara Morocco tertimpa kemarau dan kekeringan.

فجاءت امرأة وجلست بجوار بئر قد غارت وقل ماؤها،

Maka datanglah perempuan duduk di sekitar sumur yang telah kering.

ودعت الله فإذا بالماء يفور،

Dan dia berdoa kepada Allah, seketika itu terpancarlah air.

فجاءها الشيخ الجازولي رضي الله عنه، وسألها عما دعت به ربها.

Maka Syeikh Jazuli mendatanginya dan menanyakan perihal doa yang dia panjatkan.

فقالت: ما سألته إلا بالصلاة على النبي ﷺ،

Perempuan itu menjawab "Aku tidak memohon sesuatu pun kepada Allah Ta'ala kecuali dengan solawat kepada Nabi ﷺ.

جلست عند البئر تصلي على النبي ﷺ،

Perempuan itu duduk di samping sumur, kemudian bersolawat kepada Nabi ﷺ.

فنظر إليها ربها بنظر الرحمة، واستجاب استسقاءها ودعاءها ففارت البئر بالماء ونجت القرية من الجفاف،

Maka Allah melihat perempuan tersebut dengan pandangan rahmat, dan mengabulkan doanya, sehingga sumur itu memancarkan air, dan desa tersebut selamat dari kekeringan.

وبسبب تلك الواقعة قام الشيخ الجازولي رضي الله عنه بجمع كتابه (دلائل الخيرات)،

Dan kejadian tersebut adalah sebab utama mengapa Syeikh Jazuli mengarang kitabnya (Dalailul Khairat).

والذي انتشر انتشارًا واسعًا وعلم الناس في كافة أنحاء الأرض الصلاة على النبي ﷺ بكثير من الصيغ المباركة،

Yang mana kitab tersebut tersebar ke seluruh penjuru dunia, dan mengajarkan mereka jenis-jenis solawat yang sangat barakah.

ولهجت به ألسنتهم بالصلاة على النبي ﷺ، فنور الله قلوبهم بذلك، وخفف الله عليهم أعباء الدنيا ومشكلاتها، وهان عليهم أمرها، وكان همهم الأكبر الآخرة، ورفقة النبي ﷺ،

Dan kemudian lisan-lisan mereka menjadi terbiasa untuk bersolawat kepada Nabi ﷺ, dan sebab itulah Allah Ta'ala menyinari hati mereka, dan meringankan kepada mereka persoalan-persoalan hidup, dan diringankan pula urusan mereka, dan keinginan terbesar mereka adalah kebahagiaan di akhirat, dan berdampingan dengan Baginda Nabi Muhammad ﷺ.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ومولانا وقرة أعيوننا ونور قلوبنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم عدد خلقك ورضا نفسك وزينة عرشك ومدد كلماتك.

(Kisah seorang anak kecil, setiap hari selawat 15 ribu kali..dan doanya dimakbulkan Allah saat itu juga, kerana berkahnya selawat yang dibaca..Shollu Alan Nabiyy✨)

Posting Komentar

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Lebih baru Lebih lama